Pedagang Bulan Ini
March 2025
Ahmet telah menunjukkan kemahiran pengurusan akaun dan risiko yang cemerlang pada Mac 2025 dan berjaya memenangi hadiah $1,000!
Baca temubual Ahmet dan lihat account statement – jadikan inspirasi untuk kejayaan anda sendiri.
Sudah berapa lama anda berdagang dan bagaimana anda bermula?
Saya mula berdagang sebagai hobi pada tahun 2019 dan beralih ke dagangan Forex pada tahun 2022.
Apakah kualiti atau tabiat yang penting bagi seorang pedagang?
Yang paling utama, seorang pedagang perlu bertindak bijak dan memilih broker yang tepat. Masalah seperti kecairan yang rendah, spread yang tinggi, komisen yang tidak munasabah, serta kesukaran untuk deposit atau pengeluaran boleh menjejaskan motivasi pedagang walaupun mereka mahir.
Bagi saya, pedagang tidak seharusnya tamak. Mereka perlu kenal diri sendiri, fokus pada matlamat dan cukup berdisiplin untuk berhenti dan ‘recharge’ bila sasaran dah dicapai. Perancangan yang baik dan bimbingan daripada mentor berpengalaman boleh memberi kesan besar. Tiada satu cara khusus untuk berdagang – yang penting adalah kenali diri sendiri dan padankan gaya dagangan dengan personaliti anda.
Kongsikan dagangan terbaik anda setakat ini – instrumen, strategi dan keuntungan.
Daripada kongsi satu dagangan, saya nak cerita tentang keseluruhan proses. Dalam tempoh 41 hari, saya catat pertumbuhan peratusan tertinggi dalam kerjaya dagangan saya menerusi EUR/USD dengan keuntungan lebih $35,000.
Strategi saya adalah membaca carta instrumen untuk tentukan arah, kemudian masuk posisi secara berperingkat, fokus kepada dagangan pendek dalam jangka masa kecil, dan kekal aktif berdasarkan pergerakan harga sepanjang hari.
Apa yang anda paling suka tentang Tickmill dan kenapa anda akan syorkan kepada orang lain?
Saya pernah bekerja dengan banyak firma sebelum ini, tapi tak ada satu pun yang bertahan lama. Dengan Tickmill, saya dah berdagang hampir tiga tahun. Komisen dan spread sangat baik dan konsisten. Di banyak firma lain, spread boleh berubah mendadak setiap hari, tapi Tickmill sangat stabil.
Yuran dagangan juga sangat berpatutan, dan aplikasi mudah alih serta laman web Tickmill sangat mesra pengguna. Proses deposit, pengeluaran dan pemindahan juga sangat pantas. Selain itu, fungsi social trading juga sangat menarik.
Pasukan Tickmill juga sangat berdedikasi dan berdisiplin tinggi. Saya tak pernah dapat layanan peribadi seperti ini dari firma lain, dan saya betul-betul kagum. Malah, kenalan saya yang saya rujuk ke Tickmill pun berpuas hati tanpa sebarang isu. Pasukan mereka sangat cepat respon melalui e-mel.
Terima kasih kepada seluruh keluarga Tickmill!